Kubis Masak Rempah

Ramuan / Bahan

600 gm kubis
600 gm daging
1.5 cm halia
1 biji kelapa
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar air asam jawa 1 sudu besar minyak
1/3 sudu teh jintan manis
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
6 helai daun kari
Garam secukup rasa

Cara-cara

Hiris daging nipis-nipis sebesar 1 cm persegi. Tumbuk bawang putih dan halia. Mayang bawang merah. Potong kubis sepanjang 1 cm x 4 cm. Rebus daging bersama segelas air dengan rempah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Kacau selalu dan tambah air jika perlu. Rebus daging hingga empuk. Masukkan santan dan kacau selama 10 minit. Masukkan kubis dan kacau lagi. Masukkan air asam jawa. Sementara itu panaskan kuali dan tumis bawang merah, jintan manis dan daun kari. Kacau hingga berbau wangi. Tuangkan tumisan bersama minyak ke dalam masakan kubis. Kacau seketika dan tutup periuk supaya bau tumisan tidak hilang.