Bingka Karot

Ramuan / Bahan

1 kilo karot
3 biji telur
½ tin susu pekat
1 cawan susu 2 cawan tepung gandum
100 gm mentega
1 cawan gula
Secubit garam

Cara-cara

Karot direbus hingga empuk kemudian toskan airnya. Mentega dan gula diblender hingga kembang, masukkan telur satu persatu kemudian masukkan karot, susu, susu pekat dan garam. Blender lagi hingga adunan sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan blender lagi hingga sebati. Bakar dengan api yang sederhana selama 45 minit.