Kubis Masak Lemak

Ramuan / Bahan

150 g kubis (dihiris)
150 g udang basah (buang kulitnya)
½ biji kelapa parut
2 cawan santan pekat
Sedikit garam 2 biji cili merah ]
4 ulas bawang merah ] ditumbuk
1.2 cm belacan ]
1.2 cm kunyit ]

Cara-cara

Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan tuangkan 2 cawan air. Jerangkan. Masukkan udang dan kubis bila air telah mendidih. Tuangkan santan kacau perlahan-lahan dan masukkan sedikit garam. Bila telah masak barulah diangkat.