Kerabu Ulam Istimewa

Ramuan / Bahan

Bahan 1:
1 kuntum bunga kantan (dihiris rampai)
5 batang kacang kelisa (dipotong nipis)
1 ikat bunga betik (dihiris rampai)
1 ikat pucuk ubi (dicelur dahulu, dipotong halus)
1½ kg kerang (direbus & dikopek kulitnya)
½ jantung pisang (direbus & dihiris nipis)

Bahan 2:
(Digoreng Berasingan & Dikisar)
Segenggam ikan bilis
4 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm belacan (dibakar sebentar) Bahan 3:
½ biji kelapa (dibuat kerisik)
Sebiji limau nipis / air asam jawa
Sedikit garam & gula

Cara-cara

Bahan-Bahan 1 yang dihiris & dipotong dicampurkan dengan bahan-bahan 2. Masukkan juga isi kerang, bersama bahan-bahan 3. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga rata dan mesra.