Kerabu Timun Berbijan

Ramuan / Bahan

4 biji timun (dibuang kulit dan mempulur serta dihiris nipis)
2.5 cm halia (dihiris nipis)
½ cawan cuka
¼ cawan gula
3 camca sedang garam
¼ cawan biji bijan (digoreng sebentar) Bahan-bahan digoreng garing:
1 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
Sedikit minyak

Cara-cara

Satunya timun, halia, cuka, gula dan garam. Perap dua jam. Kemudian perah bahan-bahan tadi menggunakan kain kasa. Campurkan timun dengan semua bahan lain dan gaul sebati. Hidangkan segera.