Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kerabu Telur Asin

Ramuan / Bahan

3 biji telur asin
4 cm halia muda
3 ulas bawang merah
6 tangkai cili padi 2 biji limau nipis ataupun kasturi
3 sudu udang kering
Sebatang serai

Cara-cara

Rebus telur dan potong menjadi enam setelah kulitnya dibuang. Untuk mendapatkan bentuk yang cantik, buang kulit telur asin menggunakan sudu dan jangan dikupas kulitnya seperti mana mengupas telur rebus biasa. Hiris bawang, halia, cili padi, serai hingga halus dan taburkan di atas telur. Goreng udang kering hingga sedikit garing dan taburkan sekali di atas telur tadi. Bila ia hendak dihidangkan, perahkan limau di atasnya.