Bingka Ambon

Ramuan / Bahan

10 gm yis
1 sudu besar tepung roti
1 sudu besar gula
4 sudu besar air
1 sudu teh garam 10 biji kuning telur
250 gm gula
150 gm tepung ubi
300 gm santan
2 helai daun panda

Cara-cara

Gaul tepung ubi dan gula sehingga ia sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul dengan tangan sehingga gula hancur. Masukkan bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati dan perap selama tiga jam.

Apabila hendak dibakar, barulah masukkan garam dan gaul sehingga rata.

Panaskan acuan terlebih dahulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan adunan dan bakar di dalam ketuhar selama 30 minit.