Kerabu Taugeh

Ramuan / Bahan

300 g taugeh (dicelur)
600 g kerang (direbus)
1 labu bawang besar
1 cawan kelapa parut (dibuat kerisik)
½ cawan kelapa parut (digiling) 2 sudu besar udang kering
5 biji cili kering
Sedikit asam dan garam
1.2 sm belacan

Cara-cara

Cili kering, belacan dan udang kering digiling. Gaul kelapa giling, kerisik, garam dan air asam. Campurkan kerang, taugeh dan bawang besar yang telah dihiris.