Kerabu Tauge

Ramuan / Bahan

600 gm tauge
4 tangkai cili merah
50 sen udang kering
2 batang serai 2.5 sm belacan
Sedikit air asam jawa dan garam
3 camca besar kerisik

Cara-cara

Tauge dibersihkan dan dicelur separuh masak. Cili merah, udang kering, serai dan belacan ditumbuk lumat. Kemudian gaul bahan tumbuk bersama tauge. Masukkan kerisik dan gaul lagi. Masukkan air asam jawa dan garam. Gaul hingga sebati.