Kerabu Sotong Thai

Ramuan / Bahan

Beberapa ekor sotong - bersihkan.
Sos ikan
Air perahan limau nipis
½ inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil minyak sayur 2 sudu sambal cili Thai (thai chili paste)- boleh didapati di kebanyakan hypermarket/supermarket
1 batang timun
1 biji Capcicum (cili belanda)
3 batang cili merah

Cara-cara

Perap sotong dengan thai chili paste dan 1 sudu sos ikan.
Sementara itu, tumbuk lumat halia, bawang putih, cili masak.
Masukkan minyak sayur dan gaul dengan garpu (supaya sebati cepat). Asingkan dalam mangkuk.

Ambil sotong tadi dan bakar. (Atau goreng dengan minyak yang SEDIKIT). *Setelah masak, sotong dihiris nipis.

Potong dadu timun (buang biji), dan capcicum.

Gaulkan kesemua bahan tumbuk, dadu & sotong dalam mangkuk besar.

Campurkan satu sudu sos ikan.

Masukkan 2 sudu air perahan limau nipis.

Gaul rata & hidang