Kerabu Sotong

Ramuan / Bahan

90 gm sotong kering
1 sudu besar minyak sapi
1 batang timun (dibuang empulurnya dan dipotong)
ΒΌ biji nanas (dibuang empulurnya dan dipotong)
1 biji mangga masak (tetapi bukan lembik)- dihiris
1 tangkai bunga kantan (dihiris)
10 tangkai cili padi (dihiris) 2 tangkai cili merah (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
10 biji bawang merah (dihiris)
Garam dan lada sulah secukupnya
Belacan bakar
8 biji limau kasturi (diambil perahannya)
1 sudu besar gula

Cara-cara

Panggang sotong dengan sedikit minyak sapi hingga harum. Siatkan dan ketepikan. Campurkan semua bahan lain di dalam mangkuk besar. Taburkan sotong di atas kerabu dan hidangkan sejuk atau pada suhu bilik selepas menyediakannya.