Bergedel Cendawan

Ramuan / Bahan

400 gm cendawan
200 gm udang kertas, dibuang kulit dan dipotong halus
200 gm ubi keledek, diparut
½ camca teh serbuk lada hitam 1 biji bawang besar, dipotong dadu
2 tangkai daun bawang, dihiris halus
2 biji telur ayam, dipukul sedikit
½ cawan tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan cendawan kemudian dicincang halus. Gaulkan cendawan bersama udang, ubi keledek, lada hitam, bawang, garam & daun bawang. Masukkan tepung dan gaul rata. Apabila adunan sebati, kepalkan sedikit adunan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Celupkan bergedel ke dalam telur goreng di dalam minyak panas. Gunakan api sederhana.