Kerabu Siam Special

Ramuan / Bahan

20 batang kacang kelisa (botor)
1 sudu besar sambal tomyam (botolnye ada muka perempuan siam)
10 biji cili padi
100 gm isi udang
½ cawan santan pekat


2-3 sudu besar perahan air limau nipis
2 sudu besar kacang tanah goreng tanpa minyak dan ditumbuk
garam secukupnya

Cara-cara

Hiris kacang kelisa anggaran 0.5 cm. Celur 5 minit. Angkat dan jirus dgn ais sejuk dan biarkan. Panaskan santan pekat bersama isi udang. Jangan sampai mendidih terlalu lama. Cukup sekadar isi udang mulai masak (bertukar warna kemerahan). Di dalam bekas berasingan masukkan kacang kelisa tadi, santan, sambal tomyam, isi udang dan cili padi yang dipatahkan dua. Gaul hingga bercampur semua bahan. Masukkan perahan asam limau, kacang tumbuk dan garam secukup rasa.