Kerabu Sayur Paku Sanggul

Ramuan / Bahan

600 gm sayur paku sanggul (dicelur)
500 gm udang kering (ditumbuk halus)
½ biji kelapa parut
10 tangkai cili padi (ditumbuk) 3 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 biji limau kasturi
Garam secukupnya

Cara-cara

Bersihkan dan potong sayur paku sanggul, celur kemudian tuskan. Tumbuk cili padi bersama garam, udang kering dan bawang merah sehingga ia lumat.

Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi sehingga separuh lumat.

Perah air limau kasturi dan gaulkan kelapa tumbuk dngan sayur paku sanggul sehingga semuanya mesra rasa.

Dan bolehlah dihidangkan.