Kerabu Sambal Udang Epal Hijau

Ramuan / Bahan

1 tin Sambal Udang Yeo's
1 biji epal hijau (dibuang empulur & dimayang kasar-kasar)
40 helai daun pudina
1 sudu teh (5 gm) cili boh
57 gm bawang merah (ditumbuk kemudian dimasukkan cili boh & dijadikan pes)
7 gm belacan (ditumbuk kemudian dimasukkan cili boh & dijadikan pes)
1 biji buah keras (ditumbuk kemudian dimasukkan cili boh & dijadikan pes) 1 helai daun limau purut (dimayang halus-halus)
½ bunga kantan (dicincang halus)
2 sudu besar (30 gm) minyak masak
1 sudu teh (5 ml) perahan limau nipis
1 sudu teh (5 gm) gula
½ sudu teh (2.5 gm) garam / secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis pes hingga keluar minyak. Masukkan Sambal Udang Yeo's, & kacau terus-menerus hingga masak. Masukkan perahan limau nipis, gula & garam secukup rasa. Akhir sekali,
masukkan daun limau purut. Padamkan api,
biarkan sambal yang dimasak tadi sejuk dalam suhu bilik. Masukkan epal hijau & daun pudina; gaul rata-rata sebelum dihidangkan.