Kerabu Pucuk Ubi Johor

Ramuan / Bahan

2 ikat pucuk ubi
1 biji kelapa muda (parut)
4 helai daun cekur (hiris nipis)
Biji cekur sebesar ibu jari
6 biji cili padi
Garam secukup rasa
Air bercampur 2 sudu besar minyak masak untuk merebus
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis

Cara-cara

Rebus pucuk ubi dengan air yang bercampur minyak masak. Apabila lembut, toskan. Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga agak kering (jangan sampai jadi kerisik). Goreng bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Kisar bahan ini dengan biji cekur, cili padi dan gaul dengan garam dan kelapa parut goreng. Gaulkan pucuk ubi dan daun cekur hiris. Masak selama 2 minit dengan api sederhana.