Kerabu Pucuk Paku Berkelapa Muda

Ramuan / Bahan

300 g pucuk paku, dibersih, direndam sebentar dan dibuang batangnya
200 g isi kelapa muda, dihiris nipis
2 camca besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
50 g udang kering, ditumbuk lumat 3 biji cili merah, ditumbuk lumat
3 biji cili hijau, ditumbuk lumat
1 cm kunyit hidup, ditumbuk lumat
3 biji bawang merah, ditumbuk lumat

Cara-cara

Gaul semua bahan di dalam mangkuk sambil meramas-ramas bahan hingga ia sebati.