Kerabu Pucuk Paku

Ramuan / Bahan

1 ikat Pucuk paku
50 sen taugeh
$1 udang kering
Kelapa 50 sen digoreng garing (untuk buat kerisek)
Sedikit belacan
Secubit garam
6 biji cili padi
2 biji bawang merah

Cara-cara

1) Celur pucuk paku dan taugeh, angkat dan toskan.
2) Kisar kelapa goreng, udang kering, cili padi, belacan dan bawang merah sebati.
3) Gaulkan bahan kisar dengan bahan celur dan perasakan dengan garam.
4) Siap untuk dihidangkan.