Kerabu Pucuk Paku

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan kembung hitam
1 kg pucuk paku
½ kilo taugeh halus
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
1 biji kelapa parut
20 ulas cili padi
3 biji limau nipis
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
asam keping 3 keping

Cara-cara

A) Cara Penyediaan Bahan Masakan

1:Ikan kembung di rebus bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak.kemudian ambil isinya sahaja dan buang bahagian tulang. Tumbuk isi ikan kembung hingga hancur tanpa menggunakan air. Masukkan ke dalam satu bekas yang besar untuk persediaan di gaul dengan bahan lain.

2:Rendangkan kelapa parut ( goreng tanpa minyak ) hingga naik bau dan tumbuk sedikit hancur, campurkan dengan isi ikan yang telah ditumbuk tadi.

3:Tumbuk halus bawang putih , bawang merah dan cili padi beserta sedikit garam dan gaulkan bersama dengan ikan dan kelapa tadi sehingga rata.Campurkan sedikit garam dan ajinomoto untuk rasa lebih sebati.

B) Penyediaan Sayur Kerabu

1:Pucuk paku dipotong kecil dan direbus dengan air beserta sedkit garam hingga sedikit empuk dan ditapis untuk membuang air rebusannya

2:Taugeh dicelup selama 3 minit di dalam bekas air rebusan pucuk paku dan ditapis untuk membuang air rebusannya.

C) Penyediaan Kerabu Pucuk Paku

1)Pucuk paku dan taugeh di gaul perlahan bersama dengan bahan-bahan yang telah digaul sebati iaitu ikan kembung, kelapa, bawang merah dan putih serta cili padi. bahan-bahan ini mesti digaul rata dan sebati

2:Perahkan asam limau sambil gaulkan bahan-bahan di atas hingga rasa masam sebati dengan menu kerabu ini

3)Simpan dalam peti sejuk untuk 1 jam sebelum di hidang ( bagi memudahkan aroma rasa kerabu lebih sebati)