Kerabu Pucuk Paku

Ramuan / Bahan

4 ikat pucuk paku
1 mangkuk kecil tauge
1 kilo kerang (direbus dibuang kulit)
½ biji kelapa parut
1 labu bawang besar (dimayang nipis)

Bahan ditumbuk halus:
5 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu udang kering 2 biji limau nipis (diperah airnya)
Garam secukup rasa.

Cara-cara

Pucuk paku dan tauge dicelur kemudian toskan airnya. Kelapa digoreng tanpa minyak separuh kuning kemudian ditumbuk halus. Gaulkan kelapa yang ditumbuk bersama bawang besar yang dihiris nipis, cili padi, cili merah dan udang kering yang ditumbuk halus sehingga rata. Setelah rata campurkan perahan air limau nipis dan sedikit garam. Akhir sekali campurkan bahan yang dicelur bersama kerang yang telah siap dibuang kulitnya. Gaul rata kemudian hidangkan.