Kerabu Pucuk Paku

Ramuan / Bahan

1 ikat pucuk paku
300 gm tauge
1 biji kelapa (½ biji buat kerisik)
5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih
1 sudu kecil udang kering
Sedikit air limau (kasturi dan nipis)
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Celur pucuk paku dan tauge. Kelapa digoreng jangan sampai garing. Bawang, udang kering dan kelapa yang digoreng tadi dimesin halus. Gaulkan bahan-bahan tadi. Kemudian masukkan pucuk paku dan tauge. Masukkan juga air asam jawa, limau, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati. Hidang di dalam pinggan.