Kerabu Pucuk Betik Berdaun Jambu

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak masak
60 g bawang merah, dihiris nipis
30 g bawang putih, dihiris nipis
25 g cili merah, dihiris nipis
5 helai daun cekur, dihiris nipis
½ biji kelapa parut, ambil bahagian putih 25 g belacan
100 g udang kering
15 g garam
2 tangkai pucuk betik, dicelur, disejat dan dihiris halus
1 tangkai pucuk jambu muda, dicelur, disejat dan dihiris halus
5 biji limau kasturi, diperah airnya

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah bersama bawang putih, cili merah, daun cekur, kelapa parut, belacan, udang kering, dan garam hingga terbit bau. Angkat dan biar ia sejuk. Tumbuk bahan-bahan itu dan gaul bersama pucuk betik dan pucuk daun jambu. Bubuh air limau kasturi dan gaul hingga ia sebati.