Kerabu Perut Pucuk Paku

Ramuan / Bahan

250 gm perut lembu, direbus
1 ikat pucuk paku, dicelur
1 camca besar beras goreng
1 camca besar kelapa tumbuk
1 cawan pati santan
3 camca besar kerisik
5 biji bawang merah, dimayang 3 ulas bawang putih, dimayang
2.5 sm halia, dihiris memanjang
10 tangkai cili merah
1 camca besar belacan
1 camca teh garam
1 camca besar gula
½ cawan air asam jawa

Cara-cara

Perut lembu dipotong nipis-nipis. Pucuk paku dikerat pendek-pendek. Kisar cili merah, belacan garam dan gula. Satukan semua bahan di dalam bekas besar dan gaul rata.