Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kerabu Perut

Ramuan / Bahan

600 gm perut lembu (perut yang tebal seperti tuala)
1 labu bawang besar
1 cawan kelapa dibuat kerisik atau 1 camca besar kerisik
1 cawan kelapa digiling
1 camca besar beras
5 biji cili kering
1 biji cili merah Sedikit cili padi (jika suka)
Sedikit asam jawa
2.5 sm halia
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Asam limau dan garam secukup rasa
Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara

Perut lembu dilumur dengan kapur, biarkan sekejap, kikiskan bahagian yang hitam. Bila sudah bersih perut tadi hendaklah dicelur sebelum direbus. Kemudian rebuslah dengan sedikit garam. Cili, bawang merah dan belacan digiling halus untuk dibuat sambal. Bawang merah, cili merah, halia dan cili padi dipotong nipis-nipis. Beras digoreng tanpa minyak hingga kuning dan giling hingga halus. Perut yang telah direbus, hendaklah dipotong anggaran 1.2 sm tebal dan 5 sm panjang. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal, kerisik, kelapa giling dan beras tumbuk. Gaulkan sekali perut lembu, cili, bawang besar, halia, garam dan asam limau.