Kerabu Pegaga Ala Burma

Ramuan / Bahan

5 ikat daun pegaga
7-10 biji limau kasturi
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar belacan serbuk maggi
2 labu bawang besar
2 biji tomato
10 biji cili padi
1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan tumbuk)
3 ulas bawang putih (bawang dipotong bulat dan digoreng dalam 3 sudu minyak masak - biarkan bawang dalam minyak)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Daun pegaga dicuci bersih dan dipotong halus(jika berakar potong sama). Bawang besar dan tomato dipotong dadu. Udang kering dibasuh dengan air panas dan ditumbuk halus. Cili padi dihiris halus dan limau diambil jusnya. Gaulkan semua bahan termasuk bawang putih bersama minyaknya tadi. Taburkan bawang goreng di atas sebagai hiasan.