Kerabu Nanas Kicap

Ramuan / Bahan

1 biji nanas Sarawak
1 genggam ikan bilis (gred yg baik)
1 ketul belacan
2 sudu makan kicap masin
Cili kampung (kepedasan mengikut citarasa, lagi sedap lagi bagus)
Secubit garam (ikan bilis juga sumber rasa masin)
Sedikit MSG (boleh diabaikan)
Sedikit gula (jika mahu)

Cara-cara

1. Bersihkan nanas dan potong mengikut saiz satu suapan.
2. Ketuk cili bersama belacan. Sekiranya anda mahu ikan bilis yang halus, boleh diketuk juga tetapi ikan bilis hendaklah diketuk dulu sebelum dicampur cili dan belacan.
3. Gaul campuran sambal belacan ke dalam nenas. Masukkan kicap. Sekiranya nenas kurang mengeluarkan jus sebab masih agak muda, bolehlah dimasukkan sedikit air. Jgn terlalu banyak kerana rasa masam manis asli nanas akan berkurangan.
4. Setelah bercampur dengan baik, bolehlah ditambah sedikit garam, MSG dan gula sekiranya mahu.