Kerabu Mangga Kampung

Ramuan / Bahan

1 biji mangga muda (diricih halus)
1 batang serai wangi (diricih halus)
3 helai daun limau purut (diricih halus)
½ biji tomato (dipotong dadu)
1 tangkai kacang panjang (dipotong memanjang) ½ biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu sos tiram
5 gm biji gajus
2 biji limau nipis
5 biji cili api
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Mangga muda, serai wangi,daun limau purut, tomato, kacang panjang, timun, bawang besar dan cili api hendaklah dihiris halus terlebih dahulu. Setelah itu, gaulkan bahan-bahan yang dihiris tadi bersama sos tiram, biji gajus, jus limau nipis, cili api, garam dan gula. Sesuai dihidangkan bersama nasi untuk makan malam atau tengahari.