Kerabu Mangga Dan Lobak Merah

Ramuan / Bahan

20 ekor udang, dibuang kulit dan kepala
10 gm daun parsli Cina, dicincang
1 ½ camca besar air limau kasturi
1 camca besar air gula
1 camca besar sos ikan 100 gm mangga muda, dihiris
100 gm lobak merah, dihiris
50 gm bawang merah, dihiris
4 tangkai cili padi, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris

Cara-cara

Udang dibersihkan dan direbus. Angkat. Satukan air limau kasturi, air gula dan sos ikan di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Kemudian gaul bersama bahan-bahan dihiris, parsli Cina dan udang hingga rata. Hidangkan untuk 10 orang.