Kerabu Lawar Ala Bali

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
300 gm ayam (dicincang halus)
½ kg kacang panjang (dicelur dan dipotong kecil-kecil)
½ cawan kelapa goreng
¼ cawan bawang goreng
3 biji cili merah (dihiris nipis)
2 camca besar gula melaka
1 biji limau nipis (diambil airnya)
2 batang serai (dihiris nipis)
Garam secukup rasa Bahan-bahan digiling lumat:
6 biji cili padi
2 helai daun salam
1.25 cm lengkuas
100 gm udang kering (ditumbuk)
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
½ camca teh lada hitam

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis Bahan-bahan giling hinggan wangi. Masukkan isi ayam dan goreng hingga kering. Angkat dans sejukkan. Gaul gorengan ayam, kacang panjang, kelapa goreng, cili merah, gula melaka, air limau nipis dan serai. Masukkan garam secukup rasa sebelum dihidangkan.