Kerabu Kurau Kering

Ramuan / Bahan

5 keping ikan kurau kering
1 sudu kecil lada hitam kisar 2 helai daun cekur - dimayang
2 sudu besar cuka

Cara-cara

Bersihkan ikan kurau, goreng hingga masak dan kecaikan isinya dan tumbuk. Daun cekur dimayang halus. Satukan ikan kurau, cekur, lada hitam dan cuka, gaul rata. Hidangkan bersama nasi panas.