Kerabu Kulit Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

½ kati kulit ubi kayu
¼ biji kelapa (digoreng hingga kuning)
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah 20 sen udang kering
1 biji asam limau
Garam serta serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya dan direbus hingga empuk. Bila telah empuk potonglah halus-halus. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama-sama kelapa goreng. Sesudah itu gaulkan pada kulit ubi yang telah dipotong tadi. Setelah itu perahkan air asam limau dan tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Jika anda suka boleh ditaburkan bawang besar serta cili merah yang telah dipotong ke atasnya sebelum dihidangkan.