Kerabu Kuini

Ramuan / Bahan

3 biji buah kuini masak (jangan yang terlalu ranum)
5 biji cili api
2 ulas bawang merah
Santan dari 1 biji kelapa tua
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Kupas kuini
2. Hiris isinya selebar 2 jari
3. Masukkan isi kuini ke dalam mangkuk
4. Masukkan santan hingga kuini tenggelam
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Masukkan cili api dan bawang yang telah dipotong halus
7. Hidangkan