Kerabu Ketela

Ramuan / Bahan

1 biji betik mengkal separuh masak anggaran 500 gm
25 gm udang kering (ditumbuk)
1 biji limau nipis (diperah airnya)
2 biji tomato (dihiris halus)
Garam dan gula secukupnya
1 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar) Bahan-bahan digiling:
10 - 12 biji cili merah
1 sudu besar belacan
4 ulas bawang putih

Cara-cara

Betik diparut memanjang. Gaul sebati betik bersama udang kering, air limau, tomato, garam, gula dan Bahan-bahan giling. Bubuh kerabu di dalam piring hidang dan tabur kacang tumbuk.