Kerabu Kedondong

Ramuan / Bahan

3 biji kedondong
1 batang serai (optional)
7 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ikan bilis
3 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Ikan bilis dipanaskan dalam oven selama 1 minit dgn power-high supaya menjadi garing. Kemudian tumbukkan sehingga hancur. (Kalau nak senang blend saja macam saya buat, lagi cepat)

Hiris halus kedondong, bawang, cili api dan serai. Campurkan bahan yang dihiris dengan ikan bilis. Perahkan limau kasturi dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.