Kerabu Kedah

Ramuan / Bahan

3 batang serai ]
5 sm lengkuas ]
8 ulas bawang merah ] digiling
10 biji cili merah ]
1.2 sm belacan ] 600 g perut lembu (direbus)
1 biji kelapa parut
1 biji limau nipis
Sedikit garam

Cara-cara

Setengah biji kelapa disangar, suku bahagian dibuat kerisik dan suku lagi ambil 2 cawan santan. Masukkan bahan giling tadi ke dalam santan. Masukkan perut dan garam kemudian gaulkan rata-rata. Perahkan air limau.