Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kerabu Kaki Ayam

Ramuan / Bahan

200gm kaki ayam
5 ulas bawang merah - hiris halus
2 batang serai - hiris halus ½ cawan perahan limau nipis
5 batang cili api - hiris nipis
Garam
Gula

Cara-cara

Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut. Buangkan tulangnya dan hiris kasar.

Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati. Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang.