Kerabu Kacang Panjang

Ramuan / Bahan

Bahan sambal belacan:

10 biji cili api
2 biji lada merah
1 camca kecil belacan
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Garam 100 gm kacang panjang (dicelur)
½ bunga kantan
5 ulas bawang merah
1 camca besar kerisik
Gula

Cara-cara

Sediakan dahulu sambal belacan. Kisarkan cili api, lada merah belacan dan garam sehingga halus.

Tambahkan jus limau kasturi ke dalamnya. Ketepikan dahulu seketika.

Potong nipis kacang panjang dan mayangkan bunga kantan dan bawang merah.

Setelah itu gaulkan hirisan tadi bersama sambal belacan. Masukkan sekali kerisik dan gula.

Gaulkan semula sehingga rata. Sedia untuk dihidangkan.