Kerabu Kacang Kelisa

Ramuan / Bahan

350 g kacang kelisa, dihiris halus
60 g bawang besar, dihiris halus
½ batang bunga kantan, dihiris halus
120 g cili merah, ditumbuk lumat 30 g udang kering, ditumbuk lumat
Garam dan lada sulah secukupnya
3 camca besar kerisik
1 biji limau nipis, diperah airnya

Cara-cara

Satukan semua bahan kecuali limau nipis di dalam mangkuk. Bubuh air limau nipis. Gaul hingga ia sebati. Masukkan ulam di dalam peti sejuk 1/2 jam sebelum dihidang.