Kerabu Kacang Botor Bersama Ayam

Ramuan / Bahan

15 biji kacang botor
¼ cawan santan pekat
Sedikit garam
2 sudu sedang sos ikan
1 ½ sudu sedang gula halus
2 sudu edang air limau nipis
200 gm isi ayam (direbus)
2 sudu sedang bawang goreng
2 sudu sedang kacang tumbuk Bahan-bahan digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk halus:
4 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara

Celur kacang botor dan hiris nipis. Masak santan hingga mendidih dan bubuh sedikit garam. Angkat dan sejukkan. Satukan Bahan-bahan ditumbuk halus bersama santan, sos ikan, gula dan air limau nipis. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga sebati.