Kerabu Kacang Botol

Ramuan / Bahan

300 gm kacang botol
5 biji bawang merah (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
6 biji limau kasturi (ambil jusnya)
8 biji cili padi (hiris nipis) 1 batang cili merah (dihiris)
3 sudu teh gula
ΒΌ sudu teh garam
2 sudu besar kerisik
50 gm udang kering (dicuci, ditumbuk dan dipanggang)

Cara-cara

Potong kacang botol menjadi keratan-keratan 4-5 cm panjang. Celurkan sehingga masak. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang lain. Gaulkan rata-rata dan hidangkan dengan nasi.