Kerabu Jukut Urap

Ramuan / Bahan

100 gm kubis
100 gm kangkung
100 gm kacang panjang
100 gm tauge
1 biji cili merah (dihiris)
2 camca besar bawang goreng
3 helai daun limau (dihiris nipis)
½ cawan kelapa muda (diparut)
Sedikit garam, gula, serbuk lada hitam dan air limau nipis Bahan-bahan ditumbuk:
10 biji cili padi
¼ cawan udang kering
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 helai daun limau purut

Cara-cara

Gaul semua bahan, kecuali garam, gula, serbuk lada hitam dan air limau nipis, bersama bahan tumbuk hingga rata. Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam dan air limau. Gaul sebati baru dihidangkan.