Kerabu Ismail

Ramuan / Bahan

100 gm daun salad
1 batang serai
5 biji bawang merah
3 cm halia muda
1 kuntum bunga kantan
2 ekor udang sederhana besar
10 ekor lala
2 sudu besar sos ikan Bahan sos:

2 biji cili padi
5 biji cili merah
2 sudu besar madu
5 biji limau kasturi
10 helai daun basil
1 sudu besar bijan

Cara-cara

Hiris serai, bawang merah, halia muda dan bunga kantan. Udang dan lala dicelur.

Campurkan air limau kasturi bersama madu dan sos ikan, Kacau rata dan masukkan bijan, cili padi, cili merah dan daun basil.

Tuangkan sos ke atas salad dan kacau sebati.