Kerabu Ikan Bilis Mangga

Ramuan / Bahan

Satu cawan ikan bilis
Satu biji mangga muda
Setengah cawan kacang tanah
4 keping daun salad
1 biji bawang kecil
3 biji cili api
1 biji limau nipis diperah airnya
1 sudu gula pasir

Cara-cara

Goreng ikan bilis dan kacang tanah dan ketepikan
hiris mangga muda dan bawang nipis-nipis
hiris daun salad dalam ukuran 1 inci
hiris cili api nipis-nipis dan campur dengan air limau nipis dan juga gula
kemudian gaul dengan kesemua bahan-bahan diatas.