Badak Berendam

Ramuan / Bahan

1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat 2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam

Cara-cara

Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.