Kerabu Daging

Ramuan / Bahan

600 gm daging
2 biji kelapa
2 sudu rempah biji
1 sudu beras
4 batang serai
10-15 tangkai cili padi
20 ulas bawang merah 2 biji limau purut
1 cm halia
1 helai daun kunyit
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
Garam

Cara-cara

Daging dipotong 4 & rebus bersama santan, serbuk kunyit, serai yang dititik, daun limau purut & daun kunyit.
Apabila empuk siat-siatkan daging halus-halus. Sebelah kelapa dibuat kerisik. Rempah digoreng & digiling halus. Beras digoreng & digiling halus juga. Campurkan semua bahan ini & masukkan air asam limau serta garam. Hias dengan bunga kantan yang dipotong halus & juga timun.