Kerabu Bunga Nipah

Ramuan / Bahan

2 mangkuk cina kecil bunga nipah
3 ekor ikan haruan bakar
3 sudu besar kelapa goreng
¾ cawan santan pekat
3 batang kacang panjang
1 biji mangga muda
½ biji timun
5 biji cili api 2 biji limau kerat lintang
1 kuntum bunga kantan
6 tangkai daun kesum
1 labu bawang besar
½ sudu teh lada hitam
6 ulas bawang merah
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

Bunga nipah disagat halus dan dicelur hingga lembut. Kemudian tos dan diperah supaya hilang rasa kelatnya. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan bakar hingga lumat. Mangga muda dan timun hendaklah disagat halus. Bawang besar, bunga kantan dan daun kesum dihiris halus. Cili api dan kacang panjang dipotong dadu. Campurkan semua bahan. Kemudian perahkan air limau dan perasa secukupnya.