Kerabu Bunga Kantan

Ramuan / Bahan

1 cawan kelapa parut
Sedikit air asam jawa dan garam
2 camca teh gula pasir
2 batang serai, dihiris halus
4 kuntum bunga kantan, dihiris halus Bahan-bahan digiling lumat:
2 biji bawang merah
4 cm halia
20 biji lada hitam
2 camca besar udang kering

Cara-cara

Gaul kelapa parut bersama air asam jawa, garam, gula pasir, serai dan bahan giling di dalam mangkuk hingga ia sebati. Masukkan bunga kantan, gaul hingga ia sebati.