kerabu bunga betik

Ramuan / Bahan

beberapa tangkai bunga betik
beberapa helai pucuk betik
2 helai daun jambu batu(utk kurangkan pahit bunga/pucuk betik)
2 tangkai cili merah
4-5 tangkai cili api
1 labu bawang besar yg sederhana saiznya
sedikit belacan
gula & air asam jawa secukup rasa

Cara-cara

rebus bunga & pucuk betik bersama daun jambu batu beberapa minit & tambah secubit garam. sementara merebus tumbuk cili, bawang & belacan yg telah dibakar. tambah gula & air asam jawa secukupnya. biar rasanya lebih manis & masam untuk seimbangkan dengan rasa pahit pucuk betik itu nanti. tos & gaul pucuk & bunga betik tadi bersama bahan2 yg ditumbuk sehingga sebati & makan bersama nasi.