Kerabu Bunga Betik

Ramuan / Bahan

1 mangkuk bunga betik (dari pokok betik jantan)7 batang cili api, 4 biji bawang merah , 3 biji bawang putih, 1.00 udang kering, 1 cawan kelapa parut, belacan, assam jawa dan asam keping, garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bunga betik di rebus bersama 3 asam keping untuk hilangkan rasa pahit(rebus hingga empuk)
Cili, bawang merah dan putih, udang kering, belacan ditumbuk bersama sedkit garam,Gaulkan kelapa parut bersama bahan tumbuk ,assam jawa , gula dan garam.
Bunga betik ditoskan untuk hilangkan air.
Masak bahan yang digaul tadi dalam kuali.
masak atas api hingga berbau wangi , rasa asam garam dan gula baru masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit. Angkat sedia untuk dimakan