Kerabu Buah Bacang

Ramuan / Bahan

2 biji buah bacang muda
½ sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah ¼ biji kelapa (diambil pati santannya)
Garam secukupnya

Cara-cara

Buah bacang dikupas kulitnya kemudian dihiris nipis-nipis, setelah itu ramaskan buah bacang tadi dengan sedikit garam. Setelah itu basuh serta toskan airnya. Lada hitam dan bawang merah ditumbuk hingga lumat sesudah itu gaulkan dengan buah bacang tadi tambahkan garam secukupnya dan tuangkan pati santan di atasnya. Sesudah itu boleh dihidangkan untuk dimakan bersama nasi.